SAPS Ibu Bapa: Semak Slip Peperiksaan Pelajar 2019 - BijakThere

23 November 2018

SAPS Ibu Bapa: Semak Slip Peperiksaan Pelajar 2019

Semakan slip peperiksaan pelajar kini boleh dibuat terus secara online melalui portal SAPS Ibu Bapa atau dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah 2019 (SAPS NKRA).

Sistem ini mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memudahkan ibu bapa mengikuti perkembangan ujian/peperiksaan anak-anak di sekolah.

Namun untuk makluman semua sistem SAPS Ibu Bapa tidak menyokong peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM.

Sistem analisis peperiksaan sekolah hanya menyokong ujian bulanan dan peperiksaan tahunan yang diuruskan pihak sekolah termasuk peperiksaan percubaan.

SEMAKAN SAPS IBU BAPA 2019

Untuk membuat semakan, sila ikuti beberapa langkah di bawah:

  1. Layari portal SAPS Ibu Bapa atau klik link berikut https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/ 
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pelajar dan klik “Cari” 
  3. Kemudian masukkan maklumat sekolah pelajar termasuk pilihan negeri dan nama sekolah 
  4. Klik butang “Semak” 
  5. Sistem akan memaparkan keputusan peperiksaan pelajar


SAPS NKRA


Untuk makluman, berikut adalah gred pemarkahan di sekolah rendah, menengah dan menengah atas untuk rujukan ibu bapa.

Gred Sekolah Rendah

  • 80-100 Gred A Cemerlang 
  • 65-79 Gred B Baik 
  • 50-64 Gred C Memuaskan 
  • 40-49 Gred D Mencapai Tahap Minimum 
  • 0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum 
  • TH Tidak Hadir


Gred Sekolah Menengah

  • 85-100 Gred A Cemerlang 
  • 70-84 Gred B Kepujian 
  • 60-69 Gred C Baik 
  • 50-59 Gred D Memuaskan 
  • 40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum 
  • 0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum 
  • TH Tidak Hadir


Gred Menengah Atas

  • 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi 
  • 80-89 Gred A Cemerlang Tinggi 
  • 70-79 Gred A- Cemerlang 
  • 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi 
  • 60-64 Gred B Kepujian Tinggi 
  • 55-59 Gred C+ Kepujian Atas 
  • 50-54 Gred C Kepujian 
  • 45-49 Gred D Lulus Atas 
  • 40-44 Gred E Lulus 
  • 0-39 Gred G Gagal 
  • TH Tidak Hadir


MASALAH LOGIN SAPS

Terdapat beberapa aduan tentang masalah tak boleh login SAPS Ibu Bapa.

Masalah tersebut terjadi mungkin disebabkan pengguna terlupa ID atau kata laluan sebenar.

Kesilapan huruf besar/kecil bagi ID atau kata laluan juga menyebabkan pengguna tidak boleh login ke sistem SAPS NKRA.

Cara paling pantas untuk selesaikan masalah ini dengan menghubungi HELPDESK.

Untuk makluman ibu bapa, pengguna tidak boleh mengubah ID atau password.

Hanya Guru Kelas / Guru Matapelajaran sahaja boleh menukar ID atau password pengguna dengan melakukan langkah-langkah seperti di bawah:



Sekiranya ibu bapa masih menghadapi masalah seperti nombor kad pengenalan pelajar tidak dapat akses SAPS, sila rujuk maklumat di bawah.

Ibu bapa perlu menghubungi guru kelas (GK) anak mereka bagi memaklumkan masalah tersebut.

GK hendaklah menyemak nombor KP dengan dokumen sokongan (KP/sijil lahir).

Jika disahkan salah, GK perlu mengemaskini pelajar berkenaan di APDM dan melaporkan masalah ini kepada SUP sekolah.

SUP dikehendaki mengemaskini nombor KP pelajar tersebut di SAPS dengan cara seperti berikut:





Baca juga : Login SAPS Semakan Ibu Bapa: Semak Keputusan Pelajar 2019

0 comments:

Post a Comment


Top